Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 6, 2012

Pengaruh TV kepada anak-anak

Kebanyakkan anak-anak sekarang terdedah dengan pelbagai rancangan TV. Amsyar tidak terkecuali daripada trend zaman sekarang. Macam-macam program ada ultraman, ben10, doraemon, barbie dan seribu satu macam lagi. Sebagai ibu saya wajib TAPIS program yang dilihat. Amsyar tidak digalakkan menonton cerita kanak-kanak yang berunsur ganas' dan fairytales' . Kami tidak menghalang secara total tetapi tidak pernah menyebut watak-watak kegilaan kanak-kanak itu dirumah.Kamitidak pernah tayangkan cerita sebegitu utk Amsyar dan Amzar. Kalau pergi rumah orang itu kami xbleh buat apa....

Rancangan alternatifnya ialah TVIQ. Program ini disogokkan untuk amsyar sementara menanti waktu petang..


kenapala buat watak saintis yang comot???
setelah disogokkan program-program seperti di atas, inilah hasil secara langsung yang berlaku kepada amsyar..asyik nak buat eksperimen je...

"ibu wat ekspemimen", mula-mula dengar terperanjat jugak..biar betul budak ni pandai sebut eksperimen...oooo baru saya faham inilah yang dikatakan 'KUASA TV'.

Inilah kesannya keatas diri anak-anak...MELUAHKAN APA YANG DILIHAT


Justeru itu, bagaimana dengan kanak-kanak yang menonton cerita-cerita ganas?cerita 'fairytales'? bagaimana kanak-kanak meluahkan apa yang dlilihat?renung-renungkan lah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails