Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 22, 2010

Montessori At Home

Shelf ni disediakan untuk meletakkan mainan Amsyar. Ketinggiannya boleh dicapai dengan mudah. Alat mainan akan digilir-gilirkan supaya Amsyar tidak mudah bosan dan berlaku lambakan mainan yang boleh semakkan rumah. Seminngu sekali tukar mainan yang berbeza...Amsyar diajar untuk meletakkan kembali mainan ditempat asal. jangan ubah-ubah kedudukan bagi mengelakkan kekeliruan. Perkara nmpak senang tetapi agak susah jugak, kena konsisten. Pantau selalu..letih jugak la nak mengajar..walaupun xsempurna tetapi nmpak jugak hasilnya.At least Amsyar faham konsep "kena kemas lepas main"...Ni hasil kerja mengemas sendiri..


Masa makan, Amsyar dilatih makan menggunakan alas..



"Excercise of Practical Life" : cuba mengelap sendiri tempat alas selepas makan. Semua ni perlukan pantauan, "Child needs Consistency". Jadikan rutin.memnag diakui susah nak buat..kita pon sibuk urusan sendiri..cuba setakat boleh..skill ni Amsyar belum master lagi.



"Excercise of Practical Life" & Water Play : Amsyar suka tumpahkan air dari botol susunya..buat eksperimen la konon..abahnya bising, kotorkan rumah..so nak lepaskan hajatnya..bagi je dia main air puas2..'pouring activity'.



Belum pandai lagi..suka hati dia je..masuk ke xmasuk belasah je..

tumpah jgn lupa lap yeaa....

Tuesday, December 14, 2010

Kenangan di Anugerah EarlyChildhood Learning Center

Tadika dan Taska yang terletak di seksyen 7 Shah Alam based on Montesori Method..dengan tagline "Teach Me To Do It MySelf".



Aktiviti individu. Anak ini cuba menyelasaikan masalah bersendirian. Memupuk sikap berdikari.





Gymnastik dua kali seminggu untiuk perkembangan fizikal


Keep in touch with nature




Masa untuk pulang after refleksi session.













Sunday, December 12, 2010

Langkah pertama..10 months old

Alhamdullillah..Amsyar berjalan pada usia 10+ bulan. Ni berkat rajin usaha dia jatuh bangun.xpernah serik..akhirnya dptla terkedek2 berjalan sewaktu pulang berhari raya di kampung..hadiah hari raya amsyar untuk ibu dan abah

Amsyar @ aquaria

Isa N d geng datang k.l..katenye bosan dok rumah..so tempat yang paling mudah nk pegi ni la tempatnye aquaria..rombongan cik kiah adala dalam 8 orang termasuk Amsyar..bagus jugak pegi tengok ikan ni..leh Amsyar berkenalan dgn ikan2 yg ada..yealah selama ni tengok dlm discovery channel je..ni nk tgk secara 'live'..ape reaksi Amsyar?memandangkan masa xsesuai (tido time) die meragam jugak la dalam tu..sian abahnye terpaksa 'berperang' ngn anak..orang kate budak sebesar ni xfaham lagi ape yg dilihat..sekadar lihat jelah..tapi sebenarnya tidak..selepas pulang dari aquaria Amsyar 'sensitif' bila tengok ikan..hobi Amsyar ialah turut serta bila ibu masak..sibuk je..Ibu tunjukkan Amsyar fish yang mentah..dia kusyuk tengok ibu potong ikan (dr jauh)..dia akan sebut 'sssssssss'.sampai tersembur2 air liur..maknanya fish la tu..ikan yang dh dipotong dan digoreng terletak elok dlm pinggan pon dia cam..'ssssssss'katanya...


Friday, December 10, 2010

toddler activities

Dalam kepala terfikir nk cari aktiviti yang bermakna untuk amsyar.kesian dia dhla xleh selalu kuar rumah. kwn xde.jd ibu amsyar kena cari aktiviti utk main ngan amsyar, dlm dok cri2..terjumpa website ni..http://www.toddlertoddler.com/toddler_activities_arts_crafts.html.Diharap link ini boleh beri panduan utk ibu amsyar nti..tq

Tuesday, December 7, 2010

FAQ

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta :)

copy paste dr http://www.diyaluna.com/diary/2008/10/29/mengepam-di-cubicle/


Friday, December 3, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails