Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 27, 2010

Perkembangan Menyeluruh (holistic development) part 1

Bagi memastikan si manja berkembang secara holistik, beberapa perkara perlu diperhatikan oleh ibu-bapa. Perkembangan seorang bayi terbahagi kepada 4 perkembangan utama iaitu

  1. Perkembangan fizikal
  2. Perkembangan sosio-emosi
  3. Perkembangan kognitif
  4. Perkembangan bahasa.
Setiap perkembangan diatas perlu di rangsang agar si manja membesar sebagai individu yang seimbang. Bagaimana melakukan rangsangan?. Rangsangan boleh dilakukan seawal kandungan di dalam rahim lagi hinggalah peringkat-peringkat seterusnya sehingga umur mencapai usia 6 tahun. Di bawah usia 6 tahun segala pembelajaran berlaku dengan pesat. Menurut Montessori ia dikaitkan dengan teori absorbent mind. Di sini akan membincangkan aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh ibu-bapa. Bagi bayi berusia 6 bulan aktiviti yang digalakkan aktiviti-aktivti yang merangsang empat pertumbuhan yang telah disebut tadi. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan:

Aktiviti 1
Temukan dua bayi yang sebaya (6 bulan). Mereka akan menyiasat antara satu sama lain. Mereka akan belajar membezakan antara barang permainan dan manusia.(p.kognitif. p.sosioemosi)

Aktiviti 2
Main permainan bahasa iaitu menyebut perkataan. Tunjuk kepada benda-seperti mata, hidung, tangan atau barang permainan sambil menyebut perkataan tersebut (Pbahasa).

Aktiviti 3

Letakkan cermin di hadapan si manja dan simanja akan bermain dengan bayangan sendiri.

Aktiviti 4

Mainkan alat muzik seperti 'xylophone' , simanja akan akan teruja dan bunyi melodi dan turut sama untuk bermain. (p.sosioemosi)

Aktiviti 5
Berikan permainan kepada simanja disamping permainan yang sediaada ditangan kedua-dua tangannya. Simanja akan belajar untuk meletakkan permainan yang sedia ada untuk mengambil permainan yang dihulurkan. (p. kognitif)


Aktiviti 6
Sorokkan separuh barang mainan di bawah selimut, si manja akan belajar untuk menarik selimut untBolduk melihat permainannya

Aktiviti 7
Gerakkan kereta kecil jatuh ke bawah meja si manja akan memangdangnya. Berikutnya simanja akan melihat kebawah terlebih dahulu sebelum kereta tersebut jatuh.

Aktiviti 8
Letakkan simanja di bahu anda, pegang kuat-kuat kedua-dua belah tangannya. Ini membantu simanja mengawal keseimbangan tubuh dan juga membantu si manja melihat dunia dari perspektif yang lain. (BERHATI-HATI SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI) (p. Fizikal)

Aktiviti 9
Letakkan si manja di atas lantai bagi melatih kemahiran merangkak jangan biar simanja anda LEPAK TERLALU LAMA DI ATAS 'WALKER'. Penggunaan walker tidak menggalakkan kemahiran merangkak. Ada bayi yang tidak merangkak langsung sebaliknya terus pandai berjalan. Ini adalah salah kerana setiap bayi perlu melalui fasa-fasa perkembangan secara semula jadi.

Aktiviti 10
Letakkan halangan seperti bantal kecil di atas lantai. Ini membantu merangsang koordinasi merangkak si manja.

Langkah 11
Bagi merangsang perkembangan motor halus si manja, berikan makanan yang dipotong kecil seperti pisang. Berhati-hati agar si manja tidak tercekik.

SELAMAT MENCUBA.

Tips : Setiap aktiviti perlu dilakukan dalam waktu singkat (15-20 minit) bagi mengelakkan si manja cepat bosan. Daya tumpuan seorang bayi adalah terhad. Gunakan bahan bantu seperti permainan yang kesukaannya.

Monday, April 26, 2010

resepi mudah..



bubur nasi + ubi keledek (rebus)

blend hingga hancur...

kena ubahsuai sket lain kali..hari pertama je makan..hari kedua dh xnak..
resepi ni perlu dimakan dengan segera..cuba bt stok letak dlm freezer tetapi tekstur dh berubah..tu sebab amsyar xnk makan..



wajah kekenyangan.."lap mulut sikit"

Thursday, April 22, 2010

5 months old



Bergambar bersama kawan baik saya.namenye abe mat..bile tngok
wajahnye sye tersengih2 dan berckp2 sorang..pe la best nye abe mat ni??






mandi time...antara aktiviti kesukaan saya.











lepas siap mandi aktiviti yang seterusya......










macam-macam gaya tidur ada











tak kisah la macamane pun janji lena...










selain tidur main je la kerja saya..









eyyaahhh....








Sekarang umur saya sudah mencecah 6 bulan..jadi bertambahla satu aktiviti lagi yang saya boleh buat..tak sabar nak tunggu besar...nanti boleh berlari, main ngan kawan n bla..bla..bla...yeaaaaaaaaaa...

Monday, April 19, 2010

Amsyar masuk 6 bulan..mau makan..ape nak masak?

setelah menyelongkar merata tempat dpt la beberapa resepi yang boleh di cuba :

1)
* Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
* Pisang lenyek
* Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
* Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
* Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa

2)
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.

3)Bahan-bahan

* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut
* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan

Cara-caranya

* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.

4)
entang, Lobak dan Pis Bersusu

Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...

Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan


banyak sgt resepi ni..buat ke idak..
pe yg pasti ku nk wat puri buah.pastikan buah direbus dahulu..epal,carot,potato,betik,keledek,kurma,kismis ( x manis sgt ke ni?)pisang,pear

Thursday, April 8, 2010

berita sedih kami sekeluarga

25 Mac yang lalu, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian abang ipar Mohd Zulrihan b Jusoh. Pesawat Pilatus yang dipandu terhempas semasa membuat pertunjukan di majlis konvo
uum sintok. Pemergian arwah begitu dirasai seluruh ahli keluarga kerana arwah seorang yang amat baik. arwah meninggalkan tiga anak yang comel2 berumur 11 thun, 7 thun dan baby yang baru 10 bulan. semoga kakakku Wizana dan anak-anaknya tabah menghadapi ujian Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails