Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 6, 2012

Pengaruh TV kepada anak-anak

Kebanyakkan anak-anak sekarang terdedah dengan pelbagai rancangan TV. Amsyar tidak terkecuali daripada trend zaman sekarang. Macam-macam program ada ultraman, ben10, doraemon, barbie dan seribu satu macam lagi. Sebagai ibu saya wajib TAPIS program yang dilihat. Amsyar tidak digalakkan menonton cerita kanak-kanak yang berunsur ganas' dan fairytales' . Kami tidak menghalang secara total tetapi tidak pernah menyebut watak-watak kegilaan kanak-kanak itu dirumah.Kamitidak pernah tayangkan cerita sebegitu utk Amsyar dan Amzar. Kalau pergi rumah orang itu kami xbleh buat apa....

Rancangan alternatifnya ialah TVIQ. Program ini disogokkan untuk amsyar sementara menanti waktu petang..


kenapala buat watak saintis yang comot???
setelah disogokkan program-program seperti di atas, inilah hasil secara langsung yang berlaku kepada amsyar..asyik nak buat eksperimen je...

"ibu wat ekspemimen", mula-mula dengar terperanjat jugak..biar betul budak ni pandai sebut eksperimen...oooo baru saya faham inilah yang dikatakan 'KUASA TV'.

Inilah kesannya keatas diri anak-anak...MELUAHKAN APA YANG DILIHAT


Justeru itu, bagaimana dengan kanak-kanak yang menonton cerita-cerita ganas?cerita 'fairytales'? bagaimana kanak-kanak meluahkan apa yang dlilihat?renung-renungkan lah....

KAJIAN TINDAKAN


Kajian Tindakan untuk murid pra.

apa nak buat?Kalau diikut hati banyak nak buat cuma masa tdak mengizinkan. Emm, setelah dikaji dan diteliti saya memilih topik yang 'hot' dalam pendidikan awal kanak-kanak iaitu pengusaan kemahiran bacaan. Topik ini dipilih kerana ia merupakan isu yang besar dalam pendidikan negara. Murid Prasekolah akan melalui ujian LINUS pada awal tahun satu. Diharap projek ini dapat membantu saya sebagai guru, meringankan beban guru linus tahun satu, menyenangkan hati ibubapa dan memenuhi objektif pihak-pihak jabatan dan kementerian..Namun yang paling utama adalah untuk ANAK-ANAK MURID KU YANG DIKASIHI. Kajian tindakan ini dimulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang keatas semua makhluknya.

Latar belakang kajian : melibatkan 20 orang murid prasekolah tanpa mengira latar belakang murid. Murid berumur 4-6 tahun. Kajian dijalankan sepanjang tahun.

(mencari kelemahan dan kekuatan pengkaji)
Latar belakang pengkaji : 1 tahun pengalaman mengajar di prasekolah. 2 tahun mengajar tahap satu budak tak pandai baca. 6 bulan pengalaman mengajar di tadika montessori di shah alam. Semasa mengajar di sana, kaedah fonetik digunakan. Pembelajaran bermula seawal setahun. terdapat langkah-langkah yang berasaskan kaedah montessori di praktik kan kepada anak-anak. Ia bergantung kepada 'sensitive period' anak-anak. Contoh alat yang digunakan ialah cd ants on the apple, sand paper letter, movable alphabet dsb. Bahasa Inggeris diajar dahulu, tidak dicampur aduk dengan bahasa malaysia utk mengelakkan kekeliruan. Setelah murid memahami konsep fonetik ini, murid dapat mengusai bahasa malaysia dengan amat pantas kerana sistem huruf yang sama. kaedah ini tidak boleh dipraktikkan di prasekolah kerana ia mengambil masa yang lama. Sebaliknya murid prasekolah bermula pada usia 6 tahun dan hanya bersekolah selama setahun. Saya hanya perlu mencari kaedah yang pantas dan mudah untuk kajian ini.

on 8th April : dapatan hari ini:
research on http://brm3023.blogspot.com/2008/08/forum-2.html and forum on fb "kajian tindakan..kajian tindakan...guru-guru & ibubapa luar sana, mane lebih berkesan sistem fonik or sistem biasa dalam meningkatkan kemahiran bacaan?", http://www.i-sina.net/?page_id=68

TINDAKAN YANG TELAH DILAKUKAN DI KELAS:

Tiga bulan pertama, perdengarkan lagu 'Abu Ada Ayam' menggunakan sistem fonik.(saya tidak mempromosikan mana-mana produk, saya hanya menggunakan produk yang ada di pasaran yang mudah didapati oleh sesiapa sahaja, saya tdak berdaya hendak membuat ABM seperti ini, saya hanya menggunakan sistem ini yang dipanggil sistem fonik)

setelah 3 bulan hasilnya semua murid mengenal huruf vokal a i u e e o . Ada sebahagian telah mengenal bunyi huruf a-h...alhamdulliah..

kesan daripada itu murid telah berjaya membaca sukukata ba bi bu be be bo sehingga ha hi hu he he ho. Dengan cara menghafal, menghafal??? kebanyakkan guru tidak suku murid menghafal..Pada saya, menghafal adalah satu proses pembelajaran dan ia tidak boleh berhenti di situ sahaja akan ada tindakan susulan selepas itu.

carta yang digantung di dalam kelas. dijadikan rutin harian
kad sukukata dibekalkan secara individu untuk dibwa kerumah (penglibatan ibubapa).Setiap hari murid akan ditanya samada baca atau tidak, baca bersama siapa?

Murid diajar menjaga dan menyayangi kad sukukata.

Aktiviti waktu lapang

Tindakan seterusnya ialah mengkaji buku bacalah anakku dan buku latihannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails