Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, February 16, 2011

my breastfeeding journal

Alhamdullilah syukur berjaya direct bf baby Amzar. Namun perjalanan masih jauh. Risau nt mula masuk kerja April ni. Setakat ni dh cuba bagi Amzar botol, dia minum je..x memilih..tp xkerap sgt, susu pun baru perah.. Mula buat stok mase umur Amzar 1 bulan. tu pun xserius.2-3 hari sekali pam.cuma nak biasakan breastpump.stok yg ader pn nk ajar minum melalui botol..ni catatan hari simpanan susu. 1 feb ~ 17 Feb stok ebm yg ade 13 oz.. 5 Mac Stok Ebm yg ade mencecah 60 oz.emm, xbyk sbb bf direct lagi baik dpd menerusi btol. Masih blum pactice menggunakan botol secara ekslusif(means latihan susu perahan)..seminggu sebelum mula kerja nk mulakan secara serius. Buat masa sekarang, window shopping beberapa keperluan lain eg warmer..warmer ape yang bagus ek?emm..nk beli online ke kedai?jingle jungle?snow bear?little beans..mane yg elok?...isk..pnin2.(pause). Keperluan warmer adalah untuk memanaskan susu pada suhu yang sesuai iaitu 40c. Biasa rendam air suam, masalahnya kita xbleh nk tentukan ukuran suhu tu.Jika melebihi suhu 40c kemungkinan zat2 susu akan musnah. Suhu 40c ni sebenarnya suam-suam kuku sahaja. jadi agak mustahil nk panaskan susu kerana air rendaman ini akan menyejuk dengan cepat.Jadi penatla kita siang malan memerah susu alih-alih susu yang diberi xberkualiti..Berbalik kisah, survey warmer tadi akhirnya dpt juga beli online. Bendanya 'simple' sahaja, 'hubby' kata "macam ni je barangnye, nape xrendam air suam je"..justeru itu bermulalah syarahan seperti ayat-ayat di atas. Bagi ibu yang bekerja memang banyak duit keluar utk beli 'gadgets' ni. Untung juga ibu2 yang jadi surirumah sepenuh masa. xperlu nak pk semua ni. xpela 'dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung'. 23 Mac Latihan xclusif dimulakan. Hanya botol diberikan dari Amzar bangun tido hinggalah tengahari. Hari ini Amzar bangun pkul 900 am. Susu diberi sebanyak 3oz. Lepas tu dia main ngan mainan dan tunggu waktu mandi kul 10am. 10.30 dia melalak so kne angkat n main-main. Next penyusuan pukul 11 am nnti.jd kne tunggu..xleh bagi lagi..Lastly dia tertidur atas bouncernya. Rupanya dia menangis nak tidur. 9 April Hari bekerja telah bermula minggu lepas. Amzar ditinggal bersama Amsyar di rumah pengasuh. Stok susu Amzar ibu bekal kan sebanyak 5 botol ~ 3 oz. Hari pertama habis licin, Amzar terkejut ditinggalkan kot. Tu yang habis 5 botol. Xtido langsung pada hari pertama. Hari kedua 4 botol hari ketiga 3 botol. So kesimpulan yang ibu buat Amzar minum 3-4 botol sehari. Jadi ibu tinggalkan 4 botol sahaja. Perahan susu disekolah berjalan lancar 2 kali pada pkul 9.00 dan 12.00. Perahan yang paling banyak 8 oz saru sesi . Paling sedikit 4 oz. Ibu ada ambil pil 'milk booster. Insyaallah stok susu x putus. harap2 semuanya berjalan lancar. Insyaallah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails