Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, April 27, 2010

Perkembangan Menyeluruh (holistic development) part 1

Bagi memastikan si manja berkembang secara holistik, beberapa perkara perlu diperhatikan oleh ibu-bapa. Perkembangan seorang bayi terbahagi kepada 4 perkembangan utama iaitu

  1. Perkembangan fizikal
  2. Perkembangan sosio-emosi
  3. Perkembangan kognitif
  4. Perkembangan bahasa.
Setiap perkembangan diatas perlu di rangsang agar si manja membesar sebagai individu yang seimbang. Bagaimana melakukan rangsangan?. Rangsangan boleh dilakukan seawal kandungan di dalam rahim lagi hinggalah peringkat-peringkat seterusnya sehingga umur mencapai usia 6 tahun. Di bawah usia 6 tahun segala pembelajaran berlaku dengan pesat. Menurut Montessori ia dikaitkan dengan teori absorbent mind. Di sini akan membincangkan aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh ibu-bapa. Bagi bayi berusia 6 bulan aktiviti yang digalakkan aktiviti-aktivti yang merangsang empat pertumbuhan yang telah disebut tadi. Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan:

Aktiviti 1
Temukan dua bayi yang sebaya (6 bulan). Mereka akan menyiasat antara satu sama lain. Mereka akan belajar membezakan antara barang permainan dan manusia.(p.kognitif. p.sosioemosi)

Aktiviti 2
Main permainan bahasa iaitu menyebut perkataan. Tunjuk kepada benda-seperti mata, hidung, tangan atau barang permainan sambil menyebut perkataan tersebut (Pbahasa).

Aktiviti 3

Letakkan cermin di hadapan si manja dan simanja akan bermain dengan bayangan sendiri.

Aktiviti 4

Mainkan alat muzik seperti 'xylophone' , simanja akan akan teruja dan bunyi melodi dan turut sama untuk bermain. (p.sosioemosi)

Aktiviti 5
Berikan permainan kepada simanja disamping permainan yang sediaada ditangan kedua-dua tangannya. Simanja akan belajar untuk meletakkan permainan yang sedia ada untuk mengambil permainan yang dihulurkan. (p. kognitif)


Aktiviti 6
Sorokkan separuh barang mainan di bawah selimut, si manja akan belajar untuk menarik selimut untBolduk melihat permainannya

Aktiviti 7
Gerakkan kereta kecil jatuh ke bawah meja si manja akan memangdangnya. Berikutnya simanja akan melihat kebawah terlebih dahulu sebelum kereta tersebut jatuh.

Aktiviti 8
Letakkan simanja di bahu anda, pegang kuat-kuat kedua-dua belah tangannya. Ini membantu simanja mengawal keseimbangan tubuh dan juga membantu si manja melihat dunia dari perspektif yang lain. (BERHATI-HATI SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI) (p. Fizikal)

Aktiviti 9
Letakkan si manja di atas lantai bagi melatih kemahiran merangkak jangan biar simanja anda LEPAK TERLALU LAMA DI ATAS 'WALKER'. Penggunaan walker tidak menggalakkan kemahiran merangkak. Ada bayi yang tidak merangkak langsung sebaliknya terus pandai berjalan. Ini adalah salah kerana setiap bayi perlu melalui fasa-fasa perkembangan secara semula jadi.

Aktiviti 10
Letakkan halangan seperti bantal kecil di atas lantai. Ini membantu merangsang koordinasi merangkak si manja.

Langkah 11
Bagi merangsang perkembangan motor halus si manja, berikan makanan yang dipotong kecil seperti pisang. Berhati-hati agar si manja tidak tercekik.

SELAMAT MENCUBA.

Tips : Setiap aktiviti perlu dilakukan dalam waktu singkat (15-20 minit) bagi mengelakkan si manja cepat bosan. Daya tumpuan seorang bayi adalah terhad. Gunakan bahan bantu seperti permainan yang kesukaannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails