Hargai setiap detik yg berlalu

Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

my breastfeeding journal

Alhamdullilah syukur berjaya direct bf baby Amzar. Namun perjalanan masih jauh. Risau nt mula masuk kerja April ni. Setakat ni dh cuba bagi Amzar botol, dia minum je..x memilih..tp xkerap sgt, susu pun baru perah.. Mula buat stok mase umur Amzar 1 bulan. tu pun xserius.2-3 hari sekali pam.cuma nak biasakan breastpump.stok yg ader pn nk ajar minum melalui botol..ni catatan hari simpanan susu. 1 feb ~ 17 Feb stok ebm yg ade 13 oz.. 5 Mac Stok Ebm yg ade mencecah 60 oz.emm, xbyk sbb bf direct lagi baik dpd menerusi btol. Masih blum pactice menggunakan botol secara ekslusif(means latihan susu perahan)..seminggu sebelum mula kerja nk mulakan secara serius. Buat masa sekarang, window shopping beberapa keperluan lain eg warmer..warmer ape yang bagus ek?emm..nk beli online ke kedai?jingle jungle?snow bear?little beans..mane yg elok?...isk..pnin2.(pause). Keperluan warmer adalah untuk memanaskan susu pada suhu yang sesuai iaitu 40c. Biasa rendam air suam, masalahnya kita xbleh nk tentukan ukuran suhu tu.Jika melebihi suhu 40c kemungkinan zat2 susu akan musnah. Suhu 40c ni sebenarnya suam-suam kuku sahaja. jadi agak mustahil nk panaskan susu kerana air rendaman ini akan menyejuk dengan cepat.Jadi penatla kita siang malan memerah susu alih-alih susu yang diberi xberkualiti..Berbalik kisah, survey warmer tadi akhirnya dpt juga beli online. Bendanya 'simple' sahaja, 'hubby' kata "macam ni je barangnye, nape xrendam air suam je"..justeru itu bermulalah syarahan seperti ayat-ayat di atas. Bagi ibu yang bekerja memang banyak duit keluar utk beli 'gadgets' ni. Untung juga ibu2 yang jadi surirumah sepenuh masa. xperlu nak pk semua ni. xpela 'dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung'. 23 Mac Latihan xclusif dimulakan. Hanya botol diberikan dari Amzar bangun tido hinggalah tengahari. Hari ini Amzar bangun pkul 900 am. Susu diberi sebanyak 3oz. Lepas tu dia main ngan mainan dan tunggu waktu mandi kul 10am. 10.30 dia melalak so kne angkat n main-main. Next penyusuan pukul 11 am nnti.jd kne tunggu..xleh bagi lagi..Lastly dia tertidur atas bouncernya. Rupanya dia menangis nak tidur. 9 April Hari bekerja telah bermula minggu lepas. Amzar ditinggal bersama Amsyar di rumah pengasuh. Stok susu Amzar ibu bekal kan sebanyak 5 botol ~ 3 oz. Hari pertama habis licin, Amzar terkejut ditinggalkan kot. Tu yang habis 5 botol. Xtido langsung pada hari pertama. Hari kedua 4 botol hari ketiga 3 botol. So kesimpulan yang ibu buat Amzar minum 3-4 botol sehari. Jadi ibu tinggalkan 4 botol sahaja. Perahan susu disekolah berjalan lancar 2 kali pada pkul 9.00 dan 12.00. Perahan yang paling banyak 8 oz saru sesi . Paling sedikit 4 oz. Ibu ada ambil pil 'milk booster. Insyaallah stok susu x putus. harap2 semuanya berjalan lancar. Insyaallah

Tuesday, December 7, 2010

FAQ

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 – 15 minit sebelah breast
- Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta :)

copy paste dr http://www.diyaluna.com/diary/2008/10/29/mengepam-di-cubicle/


Monday, November 29, 2010

Petua banyakkan susu

1.Amalkan makan jantung pisang celur
Jantung pisang yang di celur enak di makan dengan sambal belacan.Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

2.Petua menggunakan lobak putih
Kikis lobak putih dan di parut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di bair sehingga suam.Minum 2 kali sehari.

3.Amalan menggunakan daun betik.
Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cecah dengan sambal belacan pasti pecah selera makan. Bukan itu saja ia berupaya menambah susu ibu.

4. Tambah susu ibu dengan amalan minum air longan kering
Longan yang kering , yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan.Rebus longan kering dalam anggaran sau cawan kecil dengan beberapa cawan air ( 3 -4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut sebagia amalan.

5.Gunakan daun sirih
Selain dari mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran susu ibu. daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedkit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan di sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan di tekap pada seleliling buah dada.

Saturday, November 27, 2010

lama xberblog..

Ibu amsyar xberpeluang nk update blog.laptop buat hal..trpaksa hantar ke kedai..ni ada peluang nk sambung blog ni..byk keje terbengkalai..lagipun cuti sekolah sebulan..tiada apa nak buat..Amsyar pun dah masuk setahun sebulan...tahun depan Amsyar dapat kawan baru..yea..yea..semalam pergi midvalle beli acc untuk breastpump..2nd child nekad nak fullybf..setakat ni persiapan material dh buat..lebih kurang gini rupanya ...Doakan Ibu Amsyar berjaya...Amin..

Dalam bulan ni juga Ibu Amsyar sibuk pk +buat persiapan nak sambut 'newcomer' berdebar-debar jugak nk layan dua anak kecik sekaligus...tapi xpe hubby byk membantu..tq b..i luv u sooo much...dalam list ada beberapa perkara nk setel

  • tiket flight mek n ayah mas or firefly
  • set bersalin (mandian)
  • set penyusuan..emm..pigeon..drbaby..beli dua2.tgk yg sesuai..
K,Amsyar dh bgun..nk gi tengok jap..gini la hidupku...kalut gak la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails