- Perkembangan fizikal
- Perkembangan sosio-emosi
- Perkembangan kognitif
- Perkembangan bahasa.
Aktiviti 1
Temukan dua bayi yang sebaya (6 bulan). Mereka akan menyiasat antara satu sama lain. Mereka akan belajar membezakan antara barang permainan dan manusia.(p.kognitif. p.sosioemosi)
Aktiviti 2
Main permainan bahasa iaitu menyebut perkataan. Tunjuk kepada benda-seperti mata, hidung, tangan atau barang permainan sambil menyebut perkataan tersebut (Pbahasa).
Aktiviti 3
Letakkan cermin di hadapan si manja dan simanja akan bermain dengan bayangan sendiri.
Aktiviti 4Mainkan alat muzik seperti 'xylophone' , simanja akan akan teruja dan bunyi melodi dan turut sama untuk bermain. (p.sosioemosi)
Aktiviti 5Berikan permainan kepada simanja disamping permainan yang sediaada ditangan kedua-dua tangannya. Simanja akan belajar untuk meletakkan permainan yang sedia ada untuk mengambil permainan yang dihulurkan. (p. kognitif)
Aktiviti 6
Sorokkan separuh barang mainan di bawah selimut, si manja akan belajar untuk menarik selimut untuk melihat permainannya
Aktiviti 7
Gerakkan kereta kecil jatuh ke bawah meja si manja akan memangdangnya. Berikutnya simanja akan melihat kebawah terlebih dahulu sebelum kereta tersebut jatuh.
Aktiviti 8
Letakkan simanja di bahu anda, pegang kuat-kuat kedua-dua belah tangannya. Ini membantu simanja mengawal keseimbangan tubuh dan juga membantu si manja melihat dunia dari perspektif yang lain. (BERHATI-HATI SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI) (p. Fizikal)
Aktiviti 9
Letakkan si manja di atas lantai bagi melatih kemahiran merangkak jangan biar simanja anda LEPAK TERLALU LAMA DI ATAS 'WALKER'. Penggunaan walker tidak menggalakkan kemahiran merangkak. Ada bayi yang tidak merangkak langsung sebaliknya terus pandai berjalan. Ini adalah salah kerana setiap bayi perlu melalui fasa-fasa perkembangan secara semula jadi.
Aktiviti 10
Letakkan halangan seperti bantal kecil di atas lantai. Ini membantu merangsang koordinasi merangkak si manja.
Langkah 11
Bagi merangsang perkembangan motor halus si manja, berikan makanan yang dipotong kecil seperti pisang. Berhati-hati agar si manja tidak tercekik.
SELAMAT MENCUBA.
Tips : Setiap aktiviti perlu dilakukan dalam waktu singkat (15-20 minit) bagi mengelakkan si manja cepat bosan. Daya tumpuan seorang bayi adalah terhad. Gunakan bahan bantu seperti permainan yang kesukaannya.